Friday, March 18, 2011

Lima Belas Maksiat yang Menurunkan Bala

Daripada Ali bin Abi Talib r.a.,Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila umatku telah membuat lima belas perkara,maka bala pasti akan turun kepada mereka,iaitu:

  1. Apabila harta Negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  3. Zakat dijadikan hutang
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri
  5. Anak derhaka terhadap ibunya
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
  13. Para artis disanjung-sanjung
  14. Muzik banyak dimainkan
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Wallahu'alam.......

Sunday, March 13, 2011

Tawaran istimewa yang kekurangan pelanggan

Daripada Abu Hurairah R.A bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Seandainya orang ramai mengetahui betapa besar pahala azan dan menepati saf pertama (di masa sembahyang berjemaah),kemudian mereka tidak menemukan jalan untuk memperolehinya melainkan dengan membuat undi (atau giliran) nescaya mereka akan berbuat demikian.Juga seandainya mereka mengetahui betapa besarnya pahala bersegera (pergi ke masjid) untuk melakukan sembahyang berjemaah,nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya.Demikian pula seandainya mereka mengetahui betapa besar pahala sembahyang Isyak dan Subuh berjemaah nescaya mereka akan datang untuk menghadirinya sekalipun mereka terpaksa berjalan dengan merangkak-rangkak."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Kesimpulannya,besar sungguh pahala sembahyang berjemaah.Namun,tidak ramai yang mengetahuinya yang menyebabkan kebanyakan masjid tidak ada pengunjung.
Wallahu'alam......