Tuesday, November 29, 2011

Siapa Tak Takut?

السلام عليكم :>
Assalamu'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh...
Saya ada satu cerita untuk dikongsi bersama.Jika sudi,bacalah.

Siapa yang tak takut jika Tuhan menarik
segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita
sebelum ini?

Siapa yang tak takut jika Tuhan mengambil
semula semua insan-insan disekeliling kita dalam
sekelip mata?

Siapa yang tak takut jika terpaksa hidup
bersendirian tanpa ada siapa untuk kita mengadu,
bergurau senda dan menambakan kasih.

Siapa?

Jika anda tanyakan kepada saya.
SAYA AMAT TAKUT JIKA KESEMUA ITU
TERJADI KEPADA SAYA. Dan saya lagi takut
jika Tuhan tidak mengampunkan dosa-dosa yang
pernah dilakukan hanya kerana keriakan, keegoan
dan tidak pernah bersyukur dan meminta keberkatan
daripada-Nya.

Tapi kenapa kita selalu LEKA dengan pemberian-Nya.
. Kita tidak bersyukur dengan apa yang sudah kita miliki..

Ya! Kita mahu lebih daripada apa yang kita miliki kini.
Tidak dinafikan semua orang mahu lebih daripada satu
kekayaan, satu kegembiraan, satu kejayaan dan satu
kasih sayang. Tetapi sebelum kita mengharapkan yang
lebih itu hadir pernahkah kita bersyukur dengan pemberian
daripada-Nya... ? Tepuk dada tanya selera.

"Apa ni bro,tiba-tiba pulak nak berceramah agama.... "

"Apabila kita berada diambang kejayaan,
adakala kita lupa dimana datangnya semua itu.
kita mudah leka dengan kekayaan, kita lupa siapa
yang membantu kita. dan kita semakin lupa apabila
kekayaan mencurah-curah hadir untuk kita.

Kata orang jangan pandang belakang. TAPI kita harus
pandang kebelakang sebab tanpa yang berada dibelakang
kita, tak mungkin kita akan berjaya seperti ini.


"Bro, so far aku tak berjaya macam kau"

Dulu saya pun fikir macam tu. " Argghhh, aku benci
tengok jutawan senang-senang dapat duit, tapi aku??
habuk pun tarak" ....

TAPI saya lupa bersyukur kepada Allah, Dia masih
berikan saya rezeki untuk makan, rezeki untuk
menimba lebih banyak ilmu perniagaan walaupun
hasilnya masih KOSONG...

Sebab tu apabila saya mulai sedar kesilapan diri
walaupun usaha lebih daripada daya, Allah tetap
belum turunkan rezeki kepada saya, sebab Dia nak
saya SEDAR DIRI dahulu. Jangan ego, kuatkan solat,
berdoa selalu. InsyaAllah , Allah akan dengar apa yang kita hajati.

"Lu, senanglah nak cakap, sebab lu dah senang sekarang"

Saya tak pernah mengaku saya senang, dan saya
tak pernah mengaku saya kaya. Duit bukan segala-galanya
walaupun segala-galanya memerlukan duit. Saya masih ingat,
bila-bila masa Allah boleh tarik semua itu jika saya mudah
melupakan dasar dan asas kehidupan saya sebagai hamba-Nya...

Saya sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi 5,10 dan 20
tahun akan datang. Rezeki yang ada kini pun saya tidak pernah duga.

INGAT! Kita tidak tahu dimana Tuhan nak berikan
kita rezeki, bagaimana punca rezeki kita dan bila ianya
akan tiba. Tetapi, jangan sesekali kita LUPA untuk
mengucapkan syukur kepada-Nya walaupun mendapat
hanya sekecil-kecil rezeki. Jangan pernah berhenti untuk
berusaha. Jangan sesekali. InsyaAllah...

Kejayaan, Kekayaan Dunia Dan Akhirat Akan Bersama Kita, Amin...


p/s:copy+paste dari Sujairi Saidali....hope you guys like it...cerita yang penuh hikmah..

Wednesday, October 19, 2011

Dua' For Exam!!

Assalamu'alaikum...
Peperiksaan sudah 5 hari berlalu ...Alhamdulillah..Allah telah mempermudahkan segala urusan.. Esok adalah hari terakhir...Mudah-mudahan saya dapat melakukan yang terbaik...Di sini, saya ingin berkongsi doa yang sesuai sebagai amalan kita pada semasa,selepas mengulangkaji dan juga untuk menghadapi peperiksaan.

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Perkara yang penting ialah setiap doa haruslah disertai dengan usaha..selepas itu,bertawakkallah kepadaNya...Semoga Allah memudahkan segala urusan kita..
Selamat menempuh dugaan yang mendatang dengan tabah,sabar dan tenang..
Jangan lupa untuk senyum...Senyum akan membuatkan segala yang suram kembali ceria.. =)
-: Selamat Beramal :-

Thursday, September 29, 2011

7 azab yang dilihat penggali kubur

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.” Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.

Friday, September 16, 2011

Simbol Peace:Mempunyai misteri yang tersembunyi.

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.Moga anda semua sihat sejahtera.Entry kali ini adalah tentang symbol “peace”.Kita melihat pada zaman sekarang ramai remaja apabila mengambil gambar,mereka menunjukkan dua jari.Satu jari telunjuk dan satu lagi jari hantu yang dikenali juga sebagai “peace”.Kawan2 tahu tak,simbol tersebut mempunyai banyak misteri yang tersembunyi.Ini kisahnya.

Agak panjang..Tapi,jika ingin mengetahuinya,bacalah...Untuk pengetahuan bersama....

"PEACE...V"

Tanda atau isyarat "awalnya merupakan sebuah simbol pengikut Setan

yang digunakan sewaktu upacara permohonan berkah kepada Setan'' Tanda ini telah digunakan oleh Richard Nixon, Winston Churchill, dan Stewart Meacham, Co-Chairman dari Reds' New Mobilisation Committee." Churchill mengatakan bahwa tanda ini merupakan simbol kemenangan, namun perlu diingat bahwa Churchill adalah orang dalam "elite" dan anggota Mason. Ia hampir bisa dipastikan mengetahui makna yang terkandung dari lambang ini, tapi berusaha untuk menutupinya. Tanda v " mempunyai latar belakang sejarah yang bermacam-macam. "V" adalah tanda angka Romawi untuk nomor atau angka lima dan Adam Weishaupt menggunakannya dalam Illuminati merujuk kepada

simbolisme hukum Taurat, yaitu "the Law of Fives,'' namun banyak juga yang lainnya di dalam Cabala: "Dalam bahasa Ibrani, huruf V (Van) berati

'Nail.'- Sekarang, - 'Nail' merupakan salah sebuah nama sebutan rahasia untuk Setan di dalam kelompok pengikut Persaudaraan Setan - Brotherhood of Satanism. Setan membiarkan kita untuk mengetahui bahwa tanda ini merupakan simbol yang disenanginya. Mengapa Setan juga menyukai the PENTA-gram ( Penta = lima!) dan

pemberian hormat FIVE-fold digunakan dilingkungan anggota Mason dan dalam sihir

- Witchcraft?'' Lebih lanjut: "Yang mempopulerkan tanda ini adalah

kelompok Sayap Kiri - Leftists, radikal, dan para pengikut Setan, bahwa lambang... dikenal sebagai tanda penting yang baik sekali di masa lalu. Sekarang lambang 'V' ini digunakan secara ekstensif oleh organisasi-organisasi Komunis seperti Young Socialist Alliance, Vets for Peace in Vietnam, dan the Students for a Democratic Society." Meski bukan sebuah isyarat tangan, lambang perdamaian itu sendiri perlu untuk diteliti. "Dikenal sebagai 'lambang perdamaian' sepanjang tahun 1960'-an sampai sekarang, sebenarnya lambang ini merupakan tulisan rahasia kematian dari bangsa Teutonic. Gerald Holtom, pendukung perdamaian pada tahun 1950-an telah ditugaskan oleh simpatisan komunis Bertrand Russell untuk mendisain sebuah lambang dalam rangka mempersatukan barisan perdamaian sayap kiri pada tahun 1958. Hal itu jelas,

baik Holtom maupun Russell menganggap bahwa Teutonic (Neronic) cross sebagai lambang yang sesuai untuk tujuan mereka. "Selama kurun waktu 2,000 tahunan, lambang ini menunjuk kepada kebencian terhadap orang-orang Kristen. Nero, yang memembenci orang-orang Kristen, menyalibkan Rasul Peter dengan posisi silang, kepalanya mengarah ke bawah. Peristiwa mengerikan ini menirukan salib Teutonic yang menjadi sebuah lencana penyembah berhala yang populer hari

ini. Kemudian tanda ini menjadi dikenal sebagai 'Salib Neronic.'

"Asal-muasal lambang ini dalam sejarah membuktikan sebagai karakter mistik yang bisa dilihat pada 'Aum' ( 'Y' yang terbelah ). Aum adalah kata suci Hindu. Nyanyian 'Aum' diduga untuk membantu membangkitkan 'kekuatan ular Brahma' yang berada di dasar tulang belakang manusia. Penganut Okultisme seperti Albert Pike juga mengidentifikasikan lambang ini sebagai mistik dalam buku Freemasonry,

yaitu "Morals and Dogma". Lambang perdamaian ini disebut juga (

"broken cross," "kaki burung gagak," "kaki tukang

sihir wanita," " Salib Nero," "sebagai tanda 'Yahudi yang

tidak sempurna,'" dan "lambang 'anti-Kristus'') terutama salib dengan

tangan yang patah. Ia juga menandakan "isyarat dari keputus-asaan,"

dan "kematian dari manusia.'' "Suku-suku di Jerman menggunakan tanda

ini menganggap sebagai kekayaan mistik dan aneh. Seperti sebuah 'rune' (tulisan rahasia kematian) telah digunakan oleh tukang sihir jahat sebagai mantera-mantera pagan dan pengutukan ....Dewasa ini dengan membalikkan broken cross -- artinya sama dengan simbol 'perdamaian' sosialis -- dikenal di Jerman sebagai suatu 'todersrune,' atau kematian 'rune'. Hitler, tidak hanya memerintahkan kepada para pengikut Nasionalis Sosialis-nya saja yang harus dikenal sewaktu terjadi kematian, namun hal itu merupakan bagian dari prasasti resmi yang dituliskan di atas batu-batu nisan pejabat Nazi sebagai lambang

penegasan pengikut kebatinan penyembah berhala.'' Dengan posisi tungkai salib tegak lurus ke atas, ini merupakan sebuah lencana Pythagorean tentang arah kehidupan, sebagai suatu gambaran berupa jalan bercabang yang dapat dilalui untuk menuju kepada Baik dan Jahat atau Good and Evil.'' Ia juga menandakan kesuburan, tetapi dengan posisi tungkai mengarah ke bawah, hal itu menandakan

kejahatan dan kematian. "Sebenarnya, dengan dibalikkan menjadi

'Man-rune'-- tanda gambar yang dilingkari bulatan yang sudah umum kita ketahui, dimana orang Komunis mengatakannya kepada kita bahwa itu mengandung arti 'perdamaian' - 'peace' - padahal sudah selama berabad-abad merupakan sebuah tanda yang disenangi oleh para pengikut Setan.''Anton LaVey, pendiri Gereja Setan, menggunakan lambang perdamaian sebagai latar belakang untuk altarnya.Seorang mantan tukang sihir wanita memberikan komentar mengenai simbol

perdamaian sbb: "Ia adalah sebuah lambang Antikristus masa lampau yang penuh dengan kekuatan. Pada zaman kegelapan simbol tersebut digunakan oleh Druid Witchcraft dan oleh para pengikut Setan dari segala jenis aliran sewaktu inisiasi seorang anggota baru kepada ordo mereka. Mereka akan menggambar lingkaran sihir dan memberi permulaan sebuah salib. Pentasbih lalu mengangkat salib dan menampiknya ke sebelah atas. Ia kemudian akan menyangkal agama

Kristen dalam tiga dimensi waktu (masa lampau, masa depan dan sekarang) dan memecahkan berkeping-keping dengan mengarah ke bawah secara horisontal yang membentuk rancangan 'Kaki Burung Gagak.' Lambang buruk ini benar-benar sebuah penghinaan terhadap Tuhan melawan Roh Kudus. Seseorang yang mengenakan atau

memasang simbol ini sebenarnya ia memberitahukan, baik secara sadar atau tidak, bahwa Anda menolak Jesus. Ingat-ingatlah dengan baik, simbolisme merupakan bahasa gambar, dan sebuah gambar bisa bernilai seribu kata. Di bawah adalah

beberapa contoh bagaimana lambang perdamaian digunakan. Isyarat-tangan lain

adalah tanda perdamaian Vulcan. Ia diduga berarti "Live Long and

Prosper," dan dapat dilihat pada Star Trek. Vulcan adalah seorang dewa

matahari yang dihubungkan dengan api, halilintar, dan cahaya. Festival untuk menghormatinya disebut Vulcania di mana manusia mempersembahkan pengorbanan.

"Menurut Diel, yang mempunyai hubungan keluarga kepada pengikut Setan orang Kristen.' Adalah menarik untuk diketahui bahwa Vulcan menikah dengan Venus, nama lain untuk Lucifer atau Setan. Apa lagi yang lebih menarik adalah Vulcan dipuja di loji Mason dengan nama Tubal Cain. Di dalam Masonic Quiz book masalah ini ditanyakan: "Siapa sebenarnya Tubal Cain?" Jawabannya:

"Ia adalah Vulcan dari para penyembah berhala.'' Di dalam Mason, Tubal

Cain adalah sebuah nama sandi untuk Master Mason (atau tingkat) tiga.

Perhatikan apa yang dikatakan oleh seorang okult dan Mason, Manly Palmer Hall: "Ketika Mason mempelajari bahwa kunci untuk membentuk pejuang adalah aplikasi yang tepat dari mesin kekuatan kehidupan, ia mempelajari penguasaan dari seni ini. Energi-energi Lucifer yang tersinggung berada di dalam tangan-tangannya, dan sebelum ia boleh melangkah maju dan naik, ia harus membuktikan kemampuannya dalam menerapkan energi dengan sesuai, Ia harus mengikuti jejak-langkah nenek-moyangnya, Tubal-Cain, yang dengan keperkasaan

dan kekuatan dewa peperangan menempakan pedangnya ke dalam sebuah mata bajak.'' Ada juga sebuah arti seksual sebagai tambahan yang dihubungkan dengan Vulcan dan Tubal Cain. Mantan Mason, Bill Schnoebelen, menjelaskan: "Bagi seorang Mason yang ingin merahasiakan keanggotaannya, tetapi masih terbuka kepada

saudara-saudaranya di dalam loji, ada sebuah peniti/lencana khusus yang dapat mereka kenakan. Kelihatannya seperti sebuah stik golf yang terbalik dengan dua buah bola dekat di atasnya ... Banyak orang menganggapnya sebagai seorang penggemar golf, namun sebenarnya itu adalah sebuah permainan kata-kata Masonic yang bisa dilihat. "Ini disebut dengan 'Dua Rotan Bola - 'Two Ball Cane,' dan adalah sebuah permainan kata-kata kata sandi yang rahasia dari seorang Master

Mason, ' Tubalcain (dengan demikian).'...Ia adalah juga sebuah all-too-obvious permainan kata-kata 'dewa' dari Masonry, organ kemaluan pria. Manis, eh?...terutama sekali ketika banyak orang laki-laki mengenakannya yang buruk ini ke gereja pada hari Minggu!"

Wallahu’alam..

Biarlah "peace" daripada gangguan Syaitan Laknatullah.....

sumber:-http://www.wonosari.com/t6021-mengapa-jari-telunjuk-dan-tengah-melambangkan-arti-kata-peace


Thursday, August 25, 2011

Bersedia untuk 10 malam terakhir Ramadhan

Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr.Janganlah kita mensia-siakan Ramadhan pada tahun ini tambahan pula pada 10 malam terakhir kerana Allah telah menceritakan kelebihan malam tersebut dalam surah al-Qadr:-

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". (al-Qadr: 1-5)

Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;

Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu 'Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Lauh Mahfuz ke Baitil-'Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; "Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya".

Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama' berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.

Kita tidak mengetahui bilakah malam Lailatul Qadar...Namun,sudah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya :

تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
"Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan"
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah R.A)

sumber: iluvislam.com

Marilah sama-sama kita manfaatkan Ramadhan yang berbaki ini.Mudah-mudahan Allah SWT mempertemukan kita dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan yakni malam Lailatul Qadar.Moga-moga Ramadhan pada tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik selama kita hidup di atas bumiNya.Tahun hadapan belum tentu kita akan berjumpa dengan Ramadhan lagi.

"Beribadahlah bagaikan esok kita bakal pergi meninggalkan alam yang fana ini"




Saturday, July 23, 2011

Marhaban ya Ramadhan...

Assalamu'alaikum...
Nama saya Syaa'ban...Saya ingin mengingatkan tuan/puan bahawa jiran saya,iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi tuan/puan tidak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki & kedua2 anaknya iaitu Sahur & Iftaar.....Mereka akan ditemani oleh ketiga2 cucunya,iaitu Rhmat,Barakah & Keampunan.....Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Air....Harap tuan bersedia menyambut mereka.....
Selamat b'puase!!
Kehadirannya dinanti,Kepergiannya ditangisi....
Jangan sia-siakan Ramadhan pada kali ini!!!..

Friday, March 18, 2011

Lima Belas Maksiat yang Menurunkan Bala

Daripada Ali bin Abi Talib r.a.,Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila umatku telah membuat lima belas perkara,maka bala pasti akan turun kepada mereka,iaitu:

  1. Apabila harta Negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  3. Zakat dijadikan hutang
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri
  5. Anak derhaka terhadap ibunya
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
  13. Para artis disanjung-sanjung
  14. Muzik banyak dimainkan
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Wallahu'alam.......

Sunday, March 13, 2011

Tawaran istimewa yang kekurangan pelanggan

Daripada Abu Hurairah R.A bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Seandainya orang ramai mengetahui betapa besar pahala azan dan menepati saf pertama (di masa sembahyang berjemaah),kemudian mereka tidak menemukan jalan untuk memperolehinya melainkan dengan membuat undi (atau giliran) nescaya mereka akan berbuat demikian.Juga seandainya mereka mengetahui betapa besarnya pahala bersegera (pergi ke masjid) untuk melakukan sembahyang berjemaah,nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya.Demikian pula seandainya mereka mengetahui betapa besar pahala sembahyang Isyak dan Subuh berjemaah nescaya mereka akan datang untuk menghadirinya sekalipun mereka terpaksa berjalan dengan merangkak-rangkak."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Kesimpulannya,besar sungguh pahala sembahyang berjemaah.Namun,tidak ramai yang mengetahuinya yang menyebabkan kebanyakan masjid tidak ada pengunjung.
Wallahu'alam......



Friday, February 18, 2011

Senarai 70 Dosa Besar...

Assalamua'laikum...........

ini adalah senarai 70 dosa besar yg saya copy paste dari internet. sama-sama lah kita awasi diri kita agar tidak tergolong dalam orang yg melakukan dosa2 ini.. semoga Allah menjaga kita dari terlibat dengan dosa2 ini. Sama-samalah kita memohon keampunan Allah jika kita secara tidak sengaja atau sengaja di masa lepas telah melakukan dosa2 ini.. semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.. Amin..

untuk huraian lengkap setiap satu dosa, sila download buku nya di sini http://www.megaupload.com/?d=GFQWE8O4

1. Syirik
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram
29.Bunuh Diri
30.Berbohong
31.Hakim yang Tidak adil
32.Rasuah
33.Wanita yang menyerupai Lelaki
34.Tidak Cemburu
35.Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat
40.Mengungkit-Ungkit Pemberian
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain
43.Menabur Fitnah
44.Mengutuk Umat Islam
45.Mengingkari Janji
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami
48.Gambar pada Baju
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup
60.Berdebat dan Bermusuh
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat Baginda

Friday, January 28, 2011

Ke Arah Mencapai Kejayaan Peribadi

  1. Berpakaian kemas pada setiap masa.Pastikan apa yang anda pakai bersesuaian pada situasi yang akan anda hadapi.
  2. Senyum selalu.Pastikan senyuman anda memberi kesan yang istimewa.
  3. Berikan pandangan yang tepat.Pastikan pandangan anda menepati mata,bukannya kebawah atau keatas semasa bercakap.Jangan tenung.
  4. Pastikan anda memberi salam dulu dan hulurkan salaman anda.Berikan salaman yang kukuh.
  5. Berikan salam yang ikhlas.Mulakan salam anda dengan memberi katya seperti 'Apa khabar?'
  6. Gunakan nama orang tersebut.Pastikan nama orang tersebut ditutur dengan jelas.
  7. Jangan bercakap terlalu kuat atau terlalu perlahan.Bila bercakap terlalu kuat,anda dianggap kasar dan biadab.
  8. Bila menjadi tuan rumah,pastikan anda mempelawa tetamu untuk minum dan makan.Jika tetamu anda berbangsa asing,ketahuilah dahulu cara layanan yang sesuai.
  9. Jika penemuan adalah dipejabat,sambut tetamu tersebut di pintu pejabat.Sebaiknya sambutlah tetamu tersebut di luar ruang pejabat dan iringinya ke dalam pejabat.
  10. Jika anda sebagai tetamu,tunggu isyarat pelawaan dari tuan rumah.Pertikaikan adat sekeliling.
  11. Pastikan anda membuat penyelidikan tentang seseorang atau kawan-kawannya.Dapatkan maklumat melalui perbualan.
  12. Pelajari tahapkesopanan dan tata susila.Jangan menyampuk.Jika perlu,dapatkan buku panduan cara-cara kesopanan dan tata susila.
  13. Lebihkan mendengar dari berkata-kata.Anda dianggap sebagai seorang yang bijak,caring dna sopan.Walaubagaimanapun,jika tetamu anda lebih suka mendengar dan meminta anda untuk berkata-kata,ikut saja rentaknya.
  14. Sentiasa menunjukkan sikap dan sifat yang positif dalam setiap amalan dan perlakuan.
  15. Tunjukkan rasa hormat dan suka empathy terhadap semua orang yang kita temui.
Sekian......

Wednesday, January 5, 2011

Membentuk Peribadi Manusia Sebaik-baik Kejadian....

Di sini saya nak kongsi sedikit tentang perbezaan pelajar pada zaman dahulu dan sekarang,masalah pelajar dan lain-lain......boleh dikatakn semuanya berkaitan dengan pelajar....

Pelajar pada zaman dahulu kebanyakannya pelajar yang dengar kata,mudah dibentuk,berpegang kuat harapan ibu dan ayah,tidak pandai tipu dan bertanggungjawab.....Itu pelajar pada zaman dahulu....Pada zaman sekarang pula kebanyakan pelajar mempunyai pandangan sendiri ,sukar dididik,pelajaran diabaikan,mengutamakan rakan sebaya dan bijak bermain kata......Oleh itu,pelajar pada zaman sekarang sering terjebak dalam salah laku...
Antara masalah pelajar masakini :-
  • malas
  • tidak bersungguh-sungguh
  • main-main
  • suka rehat-rehat atau mensia-siakan masa
  • suka cari jalan mudah
Petua kejayaan pelajar ialah seperti berikut :-
  • selalu solat 5 waktu
  • mesti beritahu ibu bapa ke mana hendak pergi
  • tidak derhaka kepada kedua ibu bapa
  • dan lain-lain...
Punca kegagalan pelajar :-
  • selalu menonton TV,DVD dll......
  • selalu memakan makanan yang syubhah & haram
  • bercinta di bangku sekolah
  • selalu bertangguh
Pelajar digalakkan selalu minum air kosong,makan makanan yang mengandungi kacang soya,makan kismis atau minum air rendaman buah kismis,,amalkan kurma,madu lebah,buah badan,halia,susu,anggur,air zam zam,tidak boleh makan asam,memakai minyak wangi dan memakai minyak rambut....

Marilah sama-sama kita muhasabah diri dengan segera......sementara hayat kita masih ada supaya kita dapat berbakti pada agama,bangsa dan negara...

Kata perangsang "hidup saya tidak berubah kalau saya tidak berubah"

Sekian............